Saturday, March 3, 2018

Buku Islamik dan Motivasi : Novel Hero

[ HERO KEBANGGAAN MALAYSIA #NovelHero ]
.
Whatsapp 0173856259
.
Baru ni tertengok promo filem Badang. Filem itu ditemakan sebagai 'Adiwira'.
.
Kepada rakan2 yg dah baca Novel HERO ini, apa pendapat rakan-rakan kalau HERO vs Badang tu? Haha.
.
Mana yang lebih korang rasa bangga nak panggil Adiwira Malaysia? :) .
Novel HERO mengisahkan Amir Faheem bin Amir Muiz, atau lebih selesa dipanggil Afam, pemuda hidupnya jauh dari syariat Islam & sgt menentang kehidupan ayahnya yang aktif dengan perjuangan dakwah.
.
Nak dijadikan cerita, Ayah & Ibunya mati dlm kemalangan, Afam pulang ke Malaysia.
.
Ketika itulah Afam didedahkan yang ayahnya terlibat dalam satu konspirasi besar, melibatkan dunia gelap dan korupsi Kerajaan Malaysia.
.
Ketika inilah Afam diperkenalkan dengan HERO(Hyper Exosuit Reinforcement Operator), projek ayahnya untuk menentang kejahatan.
.
Bermula dengan niat membalas dendam, dan meruntuhkan Syaitan Bertopeng, organisasi dunia gelap yang bertanggungjawab atas kematian Ayah & Ibunya, Afam mula menjadi HERO.
.
Namun, selepas 2 tahun, Afam masih gagal menuntut bela kematian orang tuanya. Syaitan Bertopeng kekal rahsia.
.
Manakala Malaysia terus terjerumus dalam korupsi yang amat teruk, hingga ke peringkat antarabangsa.
.
Menambah konflik Afam, umurnya meningkat ke 25 tahun, dan ayahnya telah meninggalkan wasiat untuk dia mengahwini seorang perempuan solehah, yang amat kontradik dengan dirinya.
.
Novel HERO ini saya karang dengan membawa pelbagai konflik. Dari konflik peribadi, prinsip hidup beragama, hingga ke konflik kenegaraan.
.
Semuanya diadun utk bawa mesej akn makna 'HERO' yg sebenar.
.
Dgn novel ini, saya cuba mengikis stereotaip Hero, terutama Hero orang Melayu.
.
Hero ini jauh dari elemen khurafat dan tahyul mahyul. Kisah yang dipaparkan pula penuh wawasan dan menjentik pembaca - rakyat Malaysia - untuk berfikir lebih jauh dari sekadar diri sendiri, dan punya cita-cita untuk masa hadapan.
.
Novel ini juga secara halus mengkritik pemahaman Islam kebanyakan kita yang memisahkan Islam dari urusan duniawi, dan tidak menggerakkan diri untuk mendalami Islam walhal lahir sebagai Muslim.
.
Ini ialah novel yang penuh dengan perjuangan, wawasan, mesej.
.
.
Caption by #HilalAsyraf
.

Powered by :
@SahabatAtTaqwaKATALOG
@SahabatAtTaqwaBUDDIES
@SahabatAtTaqwaREVIEW
@SahabatAtTaqwaQUOTE
.
.
#SahabatAtTaqwa
#BisnesKitaDakwahKita
#ArkitekJalanan
#SemusimDiMahsyar #Planner2018 #IslamicPlanner #IslamicPlanner2018 #ILovePlanner #PlannerLover #CollectionsPlanner #PlannerMalaysia #PlannerAddict #PlannerSahabatAtTaqwa #IslamicPlanner #PlannerIslamic #PlannerIslamic2018 #TerapiInstagram #AjiMaura

No comments: